Ilmu Komunikasi Untirta

we can't not to communicate

Pesan Roh Kepada Manusia

Posted by iye tukang copypaste pada 26 Maret 2010

Apabila roh keluar  dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam

sama ada di  langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila  mayat dimandikan, lalu roh berkata :

“Wahai orang yang  memandikan,

aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan

perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan

malaikat  maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

“Wahai orang yang  memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga  jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila  terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan,  roh sekali lagi merayu :

“Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan  engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun  memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya

jangan diikat terlalu kuat serta  mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri  atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari  Kiamat.

Sebaik keluar dari  rumah lalu ia berpesan :

“Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah  meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku  telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada  hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada  mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali  lagi diserunya kepada jemaah supaya

jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur  selagi belum mendengar suara

anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan  melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula

berpesan:

“Wahai  Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia  sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana  ia melalaikan aku”.

“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku  kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mau menanggung  kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang  dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mau mendoakan aku”.

Ada satu riwayat dr Abi  Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu  mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun  tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah  dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada  mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:

“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk  drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak  soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawaban  mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak  jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.  Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan  mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi  Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya  sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah  S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal  seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang  kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak  kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat  yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya  mereka keluar.

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik  rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir  sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya  hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah  S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu  orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di  sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada  orang yang berada di

sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada  syurga dan melihat

terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang  yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di  sebelahkiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan  dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah  kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka  datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin  itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan  berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana  orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah  malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada  Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman  yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”  Sebaik saja malaikat maut mendapat

perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun  cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari  arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar  penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh  orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini  mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal  melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki  ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki  ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat  maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari  arah telinga. Sebaik saja malaikat maut

menghampiri telinga maka telinga pun  berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari

arah ini kerana telinga ini sentiasa  mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut  orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka  berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa  melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana  takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.  Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu  ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja  mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada  Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan

tenang.

Abu Bakar R.A. telah  ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar

dari jasad. Maka berkata Abu  Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:

1.  Roh para Nabi dan  utusan menuju ke Syurga Adnin

2.  Roh para ulama  menuju ke Syurga Firdaus

3.  Roh mereka yang  berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina

4. Roh para shuhada  berterbangan seperti burung di syurga mengikut

kehendak mereka

5. Roh para mukmin yang  berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tdk di langit sampai hari  Kiamat

6. Roh anak-anak orang  yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik

7.  Roh orang-orang kafir  akan berada dlm neraka Sijjin, mereka disiksa

beserta jasadnya  hingga hari Kiamat

Telah bersabda  Rasullullah Saw :

Tiga kelompok  manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada

hari mereka keluar  dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati  syahid

2.Orang-orang yang  mengerjakan solat malam dalam bulan suci ramadhan

3. Orang berpuasa di hari  Arafah

Sekian untuk ingatan  kita bersama.

Kalau rajin. Tolong  sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah  salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah  mati

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: